Navigation


RSS : Articles / Comments


AHLAN WA SAHLAN YA RAMADHAN AL-MUBARAK

Selasa, Ogos 10, 2010, Posted by mr. admin, No Comment


Kepada semua pelajar-pelajar dan guru-guru SMK Abu Bakar, diucapkan selamat menjalani ibadah puasa. Semoga kedatangan Ramadan kali ini membawa rahmat, barakah dan maghfirah buat kita semua.

Firman Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah, ayat 185 :

"Bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara yang hak dan yang bathil)."

Sabda junjungan besar Nabi Muhammad SAW pula :

“Betapa ramai orang yang berpuasa tidak mendapat apa-apa daripada puasanya kecuali lapar dan betapa ramai orang yang berqiyam tidak mendapat apa-apa daripada qiyamnya kecuali hanya berjaga malam..” – Riwayat Ibnu Majah

Semoga Ramadan kali ini adalah yang terbaik untuk kita. Marhaban Ya Ramadhan Al-mubarak!

PENGETUA SMK ABU BAKAR PULANG KE RAHMATULLAH

Ahad, April 04, 2010, Posted by mr. admin, 5 Comments

Hari ini kita semua menerima perkhabaran yang mengejutkan apabila Pengetua kita, Pn. Hjh Fakhriyah bt Abd Hamid telah pulang ke rahmatullah kira-kira jam 9.30 pg tadi. Beliau disahkan meninggal dunia setelah dikejarkan ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, apabila tiba-tiba rebah ketika mengendalikan Mesyuarat Agong PIBG.

Ekoran kejadian itu, Mesyuarat Agong PIBG SMK Abu Bakar terpaksa ditunda ke suatu tarikh yang akan ditetapkan kemudian. Berikutan itu juga, segala aktiviti ko-kurikulum yang akan berlangsung esok akan ditunda. Permakluman tentang perkara tersebut, akan dimaklumkan melalui Pejabat Pelajaran Daerah Termerloh.

Seluruh warga SMK Abu Bakar Temerloh berasa amat sedih atas pemergian Pn Hjh Fakhriyah mengadap Allah SWT. Semoga rohnya ditempatkan bersama-sama orang yang beriman. Sesungguhnya, pemergian beliau merupakan kehilangan yang besar dalam dunia pendidikan khususnya untuk warga SMK Abu Bakar Temerloh.

Al-Fatihah

KUNJUNGAN TIMBALAN PENGAJIAN TINGGI KE ABS

Isnin, Januari 11, 2010, Posted by mr. admin, No Comment

Pada 8 Januari yang lalu, ABS telah menerima kunjungan rasmi Timbalan Pengajian Tinggi yang juga merangkap Ahli Parlimen Temerloh semperna Majlis Syarahan Akademik Pengajian Am untuk pelajar-pelajar tingkatan 6.

YB Dato' Saifuddin Abdullah telah sudi meluangkan masa kira-kira 4 jam di sini untuk menyampaikan syarahan akademik kepada pelajar-pelajar. Majlis ini juga turut disertai oleh pelajar-pelajar tingkatan 6 SMK Temerloh.

Terima kasih Dato'. Ada masa datanglah lagi.. :-)



Ketika sesi syarahan akademik...



YB Dato' Saifuddin sedang menjawab soalan ketika sesi sidang akhbar bersama wartawan

SELAMAT TAHUN BARU 2010

Ahad, Januari 03, 2010, Posted by mr. admin, No Comment


Saya nak ambil kesempatan ni untuk mengucapkan selamat tahun baru 2010. Semoga tahun ni lebih cemerlang, bahagia dan lebih baik buat kita semua.

Buat mereka yang akan menduduki peperiksaan, selamat berjuang mulai sekarang. Insyaallah, kejayaan akan menjadi milik anda jika berusaha dari awal.

SALAM AIDIL ADHA

Selasa, November 24, 2009, Posted by mr. admin, No Comment

Saya nak ambil kesempatan ni untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha buat semua warga SMK Abu Bakar yang beragama Islam. Marilah kita menghayati pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail, dalam menunaikan perintah Allah SWT.