Navigation


RSS : Articles / Comments


Selamat Hari Guru, Cikgu!

Isnin, Mei 18, 2009, Posted by mr. admin, 2 Comments

Sambutan Hari Guru selamat dijalankan di sekolah kita pada hari ni. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar seperti yang dirancang.

Hari yang disambut pada 16 Mei setiap tahun ini sebenarnya mengingatkan kita tentang pengorbanan seorang guru. Benar, tanpa guru siapalah kita? Termasuklah saya. Tanpa didikan seorang guru, tak mungkin saya akan di sini. Entah di dunia mana agaknya.

Sempena menyambut hari yang berbahagia ni, suka saya mengingatkan agar kita semua tidak mengenang jasa dan pengorbanan guru pada setiap 16 Mei sahaja. Sepatutnya, jasa guru-guru yang mendidik kita harus sentiasa dikenang sepanjang waktu.

Mencari Berkat

Menuntut ilmu merupakan satu proses pembelajaran melalui seseorang yang dipanggil guru atau cikgu. Dalam proses tersebut, keberkatan adalah penting dan harus dijaga. Tahukah anda bahawa, Imam Shafie sesekali tidak tidur dengan menghalakan kaki ke rumah gurunya. Kerana apa? Jawapannya adalah kerana mencari keberkatan!

Cuba tanya pada diri kita, adakah kita menyanjungi dan menghormati guru sebagaimana yang dilakukan oleh Imam Shafie? Hari ni, memukul guru sudah menjadi berita yang biasa kita dengar. Mencaci, memaki serta melabel guru dengan gelaran seperti poyo, skema dan sebagainya menjadi kelaziman kepada segelintir pelajar. Berkat apa yang ingin dicari kalau tindakan kita sedemikian rupa?

Percayalah, seorang guru tak pernah mengharapkan hadiah istimewa semperna hari guru dari seorang pelajarnya. Apa yang diharapkan ialah kejayaan yang dicapai oleh anak didiknya disamping mempunyai akhlak dan sahsiah yang baik.

Maka, carilah keberkatan dalam menuntut ilmu!

2 Comments

a hann @ 18 Mei 2009 pada 8:00 PTG

cikgu, hebatlah u! Tapi boleh tak buat petak saye kat chicken dance tu. Gagagaga!

cikgu zuhairy @ 18 Mei 2009 pada 8:27 PTG

biasa saje..hehe. Ala, gambar u dance tu sikit je. Tak nampak sgt pun, hehe