Navigation


RSS : Articles / Comments


Once Upon a Time In ABS!

Rabu, Mei 27, 2009, Posted by mr. admin, One Comment

Masa saya masuk sebuah kelas tadi, saya terperasan ada seorang pelajar yang sungguh hebat dan berbakat. Caya dia beraksi tak ubah macam Jet Li!

Kalau tak percaya, jom kita tengok dia beraksi!

Selamat Menempuh Peperiksaan!

Ahad, Mei 24, 2009, Posted by mr. admin, No Comment

Selamat menjalani peperiksaan kepada semua pelajar SMK Abu Bakar. Saya doakan semoga anda semua berjaya.

Kepada pelajar yang bakal menduduki peperiksaan PMR, SPM dan STPM pada tahun ini, jadikan ujian ini sebagai satu ukuran untuk mengukur tahap kesediaan anda. Keputusannya nanti, boleh dijadikan sebagai panduan untuk memperbaiki kelemahan yang ada.

Akhir kata, all the best dan selamat maju jaya! Amin :-)


Pening...Jangan ada yang kena migrain ye!



Tekun...Memerah otak ketika menjawab soalan peperiksaan

Sesat Dalam Cahaya

Rabu, Mei 20, 2009, Posted by mr. admin, 2 Comments

Saya telah lama memerhatikan satu budaya yang kurang sihat di kalangan pelajar lelaki iaitu kegemaran mereka menggayakan rambut pacak. Atau secara terperincinya dipanggil rambut Punk.

Rambut pacak...trend yang digemari oleh sesetengah pelajar yang kononya nampak macho!- Gambar sekadar hiasan.

Berambut Punk ni sebenarnya bukanlah budaya Melayu apatah lagi nak dikaitkan dengan Islam. Secara totalnya, budaya ini memang dicedok dari cara hidup remaja barat yang memang jauh menyimpang dengan adat ketimuran. Apakah budaya yang tak elok seperti ini dah menjangkiti pemikiran sebahagian daripada pelajar lelaki sekolah ni seperti merebaknya penyakit H1N1 atau selsema b***?

Hal ini mengingatkan saya kepada kata-kata yang pernah dinukilkan oleh Cat Steven atau nama Islamnya ialah Yusuf Islam.
"Budaya dan cara hidup barat sekarang ibarat sebuah kapal besar yang akan tenggelam tidak lama lagi. Aku lihat ramai di kalangan orang Islam berebut-rebut membeli tiket untuk menaiki kapal itu!"
Apa makna di sebalik kata-kata ni? Maknanya, masyarakat barat sekarang mengalami keruntuhan budaya dan akhlak yang dahsyat. Persoalannya, apakah kita sama-sama ingin tenggelam dalam budaya mereka?

Marilah kita sama-sama merenung kembali ingatan junjungan besar melalui salah satu sabdanya:
“Tidak akan kiamat sebelum umatku mengikuti apa-apa yang dilakukan bangsa-bangsa terdahulu, selangkah demi selangkah, sehasta demi sehasta.’ Di antara para sahabat ada yang bertanya: ‘Ya Rasululah, apakah yang kau maksudkan adalah bangsa-bangsa Yahudi dan Nasrani?’ Rasulullah menjawab: ‘Siapa lagi kalau bukan mereka?”

Riwayat Bukhari
Saya sentiasa berdoa agar semua pelajar di sini sentiasa dipelihara dari penyakit yang boleh membawa kebinasaan dan kerosakan akhlak.


Kegilaan remaja dengan cara hidup barat memudahkan mereka terdedah dengan keruntuhan akhlak yang dahsyat - Gambar sekadar hiasan.

Selamat Hari Guru, Cikgu!

Isnin, Mei 18, 2009, Posted by mr. admin, 2 Comments

Sambutan Hari Guru selamat dijalankan di sekolah kita pada hari ni. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar seperti yang dirancang.

Hari yang disambut pada 16 Mei setiap tahun ini sebenarnya mengingatkan kita tentang pengorbanan seorang guru. Benar, tanpa guru siapalah kita? Termasuklah saya. Tanpa didikan seorang guru, tak mungkin saya akan di sini. Entah di dunia mana agaknya.

Sempena menyambut hari yang berbahagia ni, suka saya mengingatkan agar kita semua tidak mengenang jasa dan pengorbanan guru pada setiap 16 Mei sahaja. Sepatutnya, jasa guru-guru yang mendidik kita harus sentiasa dikenang sepanjang waktu.

Mencari Berkat

Menuntut ilmu merupakan satu proses pembelajaran melalui seseorang yang dipanggil guru atau cikgu. Dalam proses tersebut, keberkatan adalah penting dan harus dijaga. Tahukah anda bahawa, Imam Shafie sesekali tidak tidur dengan menghalakan kaki ke rumah gurunya. Kerana apa? Jawapannya adalah kerana mencari keberkatan!

Cuba tanya pada diri kita, adakah kita menyanjungi dan menghormati guru sebagaimana yang dilakukan oleh Imam Shafie? Hari ni, memukul guru sudah menjadi berita yang biasa kita dengar. Mencaci, memaki serta melabel guru dengan gelaran seperti poyo, skema dan sebagainya menjadi kelaziman kepada segelintir pelajar. Berkat apa yang ingin dicari kalau tindakan kita sedemikian rupa?

Percayalah, seorang guru tak pernah mengharapkan hadiah istimewa semperna hari guru dari seorang pelajarnya. Apa yang diharapkan ialah kejayaan yang dicapai oleh anak didiknya disamping mempunyai akhlak dan sahsiah yang baik.

Maka, carilah keberkatan dalam menuntut ilmu!

Tak Cukup Ruang Nak Berkarya?

Jumaat, Mei 15, 2009, Posted by mr. admin, 8 Comments

Budak ABS memang kreatif. Buktinya, cuba tengok gambar-gambar yang saya rakamkan melalui lensa kamera handphone kat bawah ni.

Malangnya, kreativiti tu tak kena pada tempatnya. Ada ke patut dilukis atas meja? Kesian hamba Allah tu. Tak pasal-pasal dapat corak free.


Cantik...Tapi tak kena pada tempatnya.

Saya tak nafikan, memang 'hasil seni' yang dipamerkan oleh segelintir pelajar sekolah ni cantik. Cuma, cara mereka berkarya melalui cara sebegini adalah tidak sesuai. Saya cadangkan, bagi mereka yang kreatif seperti ni, cubalah menghantar kerja seni anda kepada Cikgu Mazlan. Boleh dia masukkan karya-karya kreatif ni dalam majalah sekolah. Baru gempak! hehe..

Oh, Lemahnyer Semangatku!

Rabu, Mei 13, 2009, Posted by mr. admin, 4 Comments

Adakah anda selalu merasakan diri lemah?

Atau merasakan segala usaha yang anda laku sia-sia setelah mencuba berkali-kali?

Anda fed-up dan give up?!! Oh....sedihnyer :-(

Ehmm, mungkin anda memerlukan sedikit suntikan semangat. Apa kata luangkan sedikit masa anda untuk menonton video ini. Memang elok sempena musim peperiksaan ni. Selamat menonton!

Apa Yang Penting?!! Kerjasamerrrrr....yeaaaa!

Jumaat, Mei 08, 2009, Posted by mr. admin, 4 Comments

Apa yang penting?!
Kerjasamer!!!

Apa yang penting?!
Kerjasamer!!!

Pandai anak-anak murid sekalian. Memang guru-guru di SMK Abu Bakar memerlukan kerjasama anda semua. Yang terbaru seperti yang ditegaskan oleh Pengetua kita iaitu larangan membawa handphone ke sekolah. Akibat bagi yang melanggar arahan ni memang dahsyat! Kena saman RM 5o tuuuu..

Bayangkan apa yang boleh anda buat dengan duit sebanyak tu? Boleh makan pizza, makan Mc D, makan muffin Cikgu Norsiah...Uih, banyak lagi la. Jadi, nak selamat jangan la bawak handphone anda ke sekolah pada waktu sesi persekolahan formal. Kalau datang untuk aktiviti ko-kurikulum pada waktu petang, bolehla cikgu-cikgu buat tak nampak.

Usah ditanya kenapa larangan ni dibuat. Tentu ada sebab dan musababnya.

Apa yang penting?! Kerjasamerrrrr!!!

Oh ya, tak lupa juga saya nak ucapkan terima kasih kepada semua pelajar-pelajar yang memberi kerjasama yang baik semasa sesi latihan perbarisan yang diterajui oleh Cikgu Azhar. Alangkah baiknya kalau tiap-tiap minggu perbarisan cantik sedemikian rupa.

Apa yang penting?! Kerjasamerr!!

Terima kasih cikgu!

Rabu, Mei 06, 2009, Posted by mr. admin, 7 Comments

Hampir 3 minggu guru-guru praktikal telah meninggalkan ABS. Walaupun kehadiran mereka hanyalah sekadar menjalani praktikal selama 14 minggu, namun mereka berjaya meninggalkan jasa yang dapat dikenang. Terutama dari segi prestasi pasukan bola sepak sekolah. Tahun ni memang ABS buat rekod apabila pasukan bawah 15 dan pasukan 18 tahun berjaya melangkah ke perlawanan akhir bola sepak MSSD Temerloh.

Tak lupa juga untuk acara sukan yang lain seperti bola baling dan bola tampar.Terima kasih dan selamat maju jaya buat mereka semua!

Antara gambar kenang-kenangan yang sempat dirakam melalui lensa kamera Cikgu Lee Han Chong..


Gambar kat bawah :Kenangan kelas Tingkatan 1 Melor bersama Cikgu Zulwendra, Cikgu Lokman dan Cikgu Lis..