Navigation


RSS : Articles / Comments


Hari Koperasi ABS

Jumaat, Jun 26, 2009, Posted by mr. admin, 4 Comments

24 Jun yang lalu sekolah kita telah mengadakan Hari Koperasi. Saya tak minat nak cerita panjang-panjang. Semuanya anda boleh tonton melalui video yang saya rakam ni. Jom kita layan... zassss!

Perasmian Hari Koperasi Sekolah



Aktiviti jualan sedang berlangsung



Bakat-bakat terpendam ABS



Siti Nurhaliza dan 2 by 2 ala ABS



Semoga anda terhibur! :-)

Ke Arah Tuju Mu?

Isnin, Jun 22, 2009, Posted by mr. admin, One Comment


Dah lama saya tak menulis dalam blog disebabkan kekangan masa seminggu dua ni. Alhamdulillah, hari ni saya diberi kesempatan untuk terus menulis.

Rasanya, masih belum terlambat untuk mengucapkan tahniah kepada pelajar-pelajar sekolah ni yang berjaya menerima tawaran melanjutkan pelajaran ke mana-mana IPTA/IPTS seluruh negara. Semasa berada di pejabat pagi tadi, saya terjumpa beberapa bekas pelajar yang datang untuk urusan pendaftaran mereka nanti.

Ada yang dapat di UKM, UTM, UPSI. Pendek kata, macam-macam ada! Bidang yang ditawarkan juga dalam pelbagai jurusan. Ada yang dapat bidang pendidikan, perubatan, kejuruteraan dan lain-lain lagi. Tahniah saya ucapkan!

Di sini, saya ingin titipkan sepatah dua kata sebagai nasihat kepada bakal-bakal mahasiswa nanti. Manalah tahu, boleh digunakan buat panduan.

Percayalah, sampai di sana nanti anda pasti akan mengalami kejutan budaya yang bukan sedikit. Bermula dari cara hidup, cara belajar, cara bersosial semuanya berbeza sama sekali dengan budaya ketika anda di sekolah.

Kita selalu dihidangkan dengan gambaran yang indah seperti yang ditonjolkan dalam drama dan filem. Tapi, hakikat sebenarnya dunia pembelajaran di menara gading adalah tak seindah mimpi!

Tahukah anda, ramai di kalangan mahasiswa yang kecundang dipertengahan jalan?
Tahukah anda, ramai yang berjaya masuk ke universiti tapi keluar dengan gagal membawa segulung ijazah?

Tahukah anda, ada yang mengandungkan anak luar nikah ketika menuntut di IPTA?


Tahukah anda, ada di kalangan gadis Melayu yang mula-mula masuk ke IPTA bertudung tapi tudung entah ke mana bila bergelar mahasiswa?

Bukan niat saya untuk menakutkan anda. Saya garapankan secebis nasihat ni dengan harapan ia dapat dijadikan panduan agar anda tak tersesat mencari arah apabila menjejak kaki di menara gading kelak.

Ingat, jadilah anda seperti ikan di lautan. Walaupun air laut masin, tapi isi ikan tetap tak masin. Maka persiapkanlah diri anda dengan segala bekalan agar anda dapat menepis segala unsur-unsur negatif yang mungkin menyelinap dalam kotak pemikiran anda.

Selamat maju jaya. Kenanglah ABS dalam doamu!