Navigation


RSS : Articles / Comments


PENGETUA SMK ABU BAKAR PULANG KE RAHMATULLAH

Ahad, April 04, 2010, Posted by mr. admin, 5 Comments

Hari ini kita semua menerima perkhabaran yang mengejutkan apabila Pengetua kita, Pn. Hjh Fakhriyah bt Abd Hamid telah pulang ke rahmatullah kira-kira jam 9.30 pg tadi. Beliau disahkan meninggal dunia setelah dikejarkan ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, apabila tiba-tiba rebah ketika mengendalikan Mesyuarat Agong PIBG.

Ekoran kejadian itu, Mesyuarat Agong PIBG SMK Abu Bakar terpaksa ditunda ke suatu tarikh yang akan ditetapkan kemudian. Berikutan itu juga, segala aktiviti ko-kurikulum yang akan berlangsung esok akan ditunda. Permakluman tentang perkara tersebut, akan dimaklumkan melalui Pejabat Pelajaran Daerah Termerloh.

Seluruh warga SMK Abu Bakar Temerloh berasa amat sedih atas pemergian Pn Hjh Fakhriyah mengadap Allah SWT. Semoga rohnya ditempatkan bersama-sama orang yang beriman. Sesungguhnya, pemergian beliau merupakan kehilangan yang besar dalam dunia pendidikan khususnya untuk warga SMK Abu Bakar Temerloh.

Al-Fatihah