Navigation


RSS : Articles / Comments


Sesat Dalam Cahaya

Rabu, Mei 20, 2009, Posted by mr. admin, 2 Comments

Saya telah lama memerhatikan satu budaya yang kurang sihat di kalangan pelajar lelaki iaitu kegemaran mereka menggayakan rambut pacak. Atau secara terperincinya dipanggil rambut Punk.

Rambut pacak...trend yang digemari oleh sesetengah pelajar yang kononya nampak macho!- Gambar sekadar hiasan.

Berambut Punk ni sebenarnya bukanlah budaya Melayu apatah lagi nak dikaitkan dengan Islam. Secara totalnya, budaya ini memang dicedok dari cara hidup remaja barat yang memang jauh menyimpang dengan adat ketimuran. Apakah budaya yang tak elok seperti ini dah menjangkiti pemikiran sebahagian daripada pelajar lelaki sekolah ni seperti merebaknya penyakit H1N1 atau selsema b***?

Hal ini mengingatkan saya kepada kata-kata yang pernah dinukilkan oleh Cat Steven atau nama Islamnya ialah Yusuf Islam.
"Budaya dan cara hidup barat sekarang ibarat sebuah kapal besar yang akan tenggelam tidak lama lagi. Aku lihat ramai di kalangan orang Islam berebut-rebut membeli tiket untuk menaiki kapal itu!"
Apa makna di sebalik kata-kata ni? Maknanya, masyarakat barat sekarang mengalami keruntuhan budaya dan akhlak yang dahsyat. Persoalannya, apakah kita sama-sama ingin tenggelam dalam budaya mereka?

Marilah kita sama-sama merenung kembali ingatan junjungan besar melalui salah satu sabdanya:
“Tidak akan kiamat sebelum umatku mengikuti apa-apa yang dilakukan bangsa-bangsa terdahulu, selangkah demi selangkah, sehasta demi sehasta.’ Di antara para sahabat ada yang bertanya: ‘Ya Rasululah, apakah yang kau maksudkan adalah bangsa-bangsa Yahudi dan Nasrani?’ Rasulullah menjawab: ‘Siapa lagi kalau bukan mereka?”

Riwayat Bukhari
Saya sentiasa berdoa agar semua pelajar di sini sentiasa dipelihara dari penyakit yang boleh membawa kebinasaan dan kerosakan akhlak.


Kegilaan remaja dengan cara hidup barat memudahkan mereka terdedah dengan keruntuhan akhlak yang dahsyat - Gambar sekadar hiasan.

2 Comments

AzMaslenda @ 21 Mei 2009 pada 12:22 PTG

salam cikgu.. saya ex student ABS tahun 94.. cemana nak jadi polower cikgu nih?

cikgu zuhairy @ 21 Mei 2009 pada 2:50 PTG

azmas, nanti saya masukkan elemen follower dlm blog ni.