
"Kenapa cikgu buat blog ni? Nak jadi glamour ke?" tanya salah seorang pelajar tingkatan 2 kepada saya.
"Ke cikgu nak jadi part-time blogger?" celah seorang lagi sambil disambut gelak tawa yang lain.
Saya hanya berdiam diri, membiarkan pertanyaan itu tanpa jawapannya...
Sejak mula menjejakkan kaki di sini, saya dapati jumlah pelajar di sini cukup ramai. Tingkatan satu jer dah hampir 10 buah kelas. Tu tak masuk tingkatan yang lain. Menurut pengetua kita, ABS memang jadi tumpuan ibu bapa kat kawasan ni untuk menghantar anak bersekolah. Seiring dengan nama dan reputasinya yang gah lagi masyhur, makanya ABS terus diberi kepercayaan yang tinggi oleh ibu bapa untuk menghantar anak-anak bersekolah. Tak hairanlah kalau jumlah pelajar-pelajar di sini agak ramai bilangannya.
Di sini, saya pula ditugaskan untuk mengajar pelajar-pelajar tingkatan 1-3 sahaja dalam subjek KH. Jadi, peluang untuk saya mengenali pelajar-pelajar yang berada di tingkatan lain agak terbatas. Selain bertujuan nak berkongsi pendapat dan isu tentang sekolah kita, saya rasa di sini juga boleh dijadikan tempat untuk kita saling mengenali menerusi alam maya. Rasanya, masih ramai yang saya belum kenali walaupun dah hampir 6 bulan bertugas di sini.
Dunia dah berubah!Ehm, bagus gak kata-kata ni. Boleh saya pinjam. Saya rasa sudah sampai masanya lebih ramai pelajar-pelajar di sini didedahkan dengan blog. Bagi yang dah biasa tu, bolehlah tunjuk ajar kawan-kawan yang masih baru dalam dunia blog ni.
Ya, saya tahu terdapat banyak perkara-perkara negatif yang boleh tersebar melalui dunia blog. Tapi, kita tak boleh menjadikan ia sebagai satu alasan untuk kita meminggirkan teknologi yang bermanfaat seperti ni. Yang penting terpulanglah kepada diri kita sendiri untuk menerima dan mentafsir segala maklumat. Bak kata orang sekarang,
"maklumat dihujung jari, dunia dah berubah!"
Secara peribadi, saya tak galaklah anda semua menghabiskan duit poket semata-mata untuk melayari blog ini di cyber cafe. Cuma, jika anda berkesempatan melayari internet dan asyik masuk website yang entah apa-apa, adalah lebih baik mengaktifkan diri anda di sini -
aktifkan dirimu (pinjam kata-kata Hotlink, hehe )
Blog sebagai sumber ilmuDi negara-negara maju, blog selalu dijadikan medium oleh guru-guru di sana untuk menyampaikan sesuatu. Terutama berkaitan ilmu yang bermanfaat kepada pelajarnya.
Di Malaysia pun tak kurang, terutamanya di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur. (Tak ketinggalan Temerloh-Bandar ikan patin, hehe). Dah ramai guru-guru yang menggunakan blog sebagai alat untuk menghubungkan guru dan pelajarnya. Rasanya, tak salah salah saya cuba cara yang sama di sini. Kalau orang lain boleh, kenapa kita tak mencubanya? Orang Temerloh pun boleh jugak, kan? Sapa kata ABS tak boleh?!
Apa pendapat anda? Kongsikan di sini :-)