
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Terlebih dahulu saya nak ambil kesempatan ni untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang sudi melawat blog yang tak seberapa ni. Semoga dengan kehadiran anda dapat memeriahkan lagi blog ni.
Sebenarnya, dah lama saya berhasrat untuk membina blog seperti ni. Sejak mula-mula menjejakkan kaki di sini, saya dah terfikir mengenainya. Oleh kerana kesibukan kerja, hasrat tu terpaksa saya pendamkan dahulu. Alhamdulillah, setelah merasakan adanya sedikit luang dan ruang, dapatlah saya membina blog ni. Semoga blog ni akan terus meriah dan berkekalan.
Saya berharap, melalui blog ini kita dapat berkongsi-kongsi pendapat dan idea tentang aktiviti, isu dan berita terkini tentang sekolah kita. Pokoknya, ruang lingkup perbincangan atau isu adalah berkisar tentang pendidikan dan persekitaran di SMK Abu Bakar. Saya kira, di sini bukan tempatnya untuk kita membicarakan tentang politik, isu perkauman dan perkara-perkara boleh menjejaskan keharmonian serta mengguris perasaan orang lain.
Suka saya tegaskan di sini, anda dibenarkan membuat sebarang komen atau pandangan melalui entry (artikel) yang ditulis di dalam blog ini. Namun, sebarang komen yang mempunyai unsur-unsur negatif adalah dilarang sama sekali. Sekiranya saya dapat menjejaki sesiapa yang meninggalkan komen-komen seperti mencarut, memfitnah dan sebagainya, saya tidak teragak-agak memberi dimerit kepada anda! Ini atas arahan Cikgu Mahadi :-)
Akhir kata, marilah kita bersama-sama mengambil peluang dengan kewujudan blog ini untuk kebaikan semua. Sebelum saya mengakhiri bicara ini, mari kita sama- sama renungi kata-kata ini:
"Sekiranya anda tidak mampu membina sebatang jalan, usahlah menabur paku di atas jalan yang telah dibina."Renung-renungkanlah... :-)
urm...sya juz nk cadangkan pd ckgu utk ceritakan latar belakang ABS kat blog ney.
memandangkan student2 br skrang sy tgk byk yg xde semangat 'kesekolahan'...
beza sgt dgn taun2 ktorg dlu.
bg ktorg form 5 yg da taw ttg ney,
ktorg mmg da bangga dgn ABS.
bukan apa, juz nk naek kan semangat they all jew..
bg ktorg, ABS adalah sekolah yg paling top n cemerlang selain seri tualang.
dlu,ada org luar tanya sy
"Dr sekolah mana?"
bila sya jwb dr ABS, mak cik2 tu m'jwb,
"Wah... best lar!mesti speaking je kan?jd ank mat saleh celup lar.."
sya secara x langsung begitu b'bangga kerana dikenali rmai.
setelah ditemu bual, mak cik2 seramai 8 orang tersebut adalah dr Kuala Lipis dan juga Bentong.
mereka juga tau serba sedikit latar belakang ABS yg begitu gah berdiri di atas bukit t'sebut.
urm...lastly, sy nk mntx maaf coz t'guna nma ckgu sbgai nickname..
hehee...=}
(M)(A)(Y)(A)--> Bagus idea awak ni. tapi saya kekurangan fakta tentang ABS ni. Kalau awak ada fakta, boleh buat dlm bentuk artikel, than hantar kat cikgu. boleh cikgu publish dlm blog ni.