Navigation


RSS : Articles / Comments


ADA APA DENGAN BLOG?!

Sabtu, April 25, 2009, Posted by mr. admin, 5 Comments


"Kenapa cikgu buat blog ni? Nak jadi glamour ke?" tanya salah seorang pelajar tingkatan 2 kepada saya.

"Ke cikgu nak jadi part-time blogger?" celah seorang lagi sambil disambut gelak tawa yang lain.


Saya hanya berdiam diri, membiarkan pertanyaan itu tanpa jawapannya...
Sejak mula menjejakkan kaki di sini, saya dapati jumlah pelajar di sini cukup ramai. Tingkatan satu jer dah hampir 10 buah kelas. Tu tak masuk tingkatan yang lain. Menurut pengetua kita, ABS memang jadi tumpuan ibu bapa kat kawasan ni untuk menghantar anak bersekolah. Seiring dengan nama dan reputasinya yang gah lagi masyhur, makanya ABS terus diberi kepercayaan yang tinggi oleh ibu bapa untuk menghantar anak-anak bersekolah. Tak hairanlah kalau jumlah pelajar-pelajar di sini agak ramai bilangannya.

Di sini, saya pula ditugaskan untuk mengajar pelajar-pelajar tingkatan 1-3 sahaja dalam subjek KH. Jadi, peluang untuk saya mengenali pelajar-pelajar yang berada di tingkatan lain agak terbatas. Selain bertujuan nak berkongsi pendapat dan isu tentang sekolah kita, saya rasa di sini juga boleh dijadikan tempat untuk kita saling mengenali menerusi alam maya. Rasanya, masih ramai yang saya belum kenali walaupun dah hampir 6 bulan bertugas di sini.

Dunia dah berubah!

Ehm, bagus gak kata-kata ni. Boleh saya pinjam. Saya rasa sudah sampai masanya lebih ramai pelajar-pelajar di sini didedahkan dengan blog. Bagi yang dah biasa tu, bolehlah tunjuk ajar kawan-kawan yang masih baru dalam dunia blog ni.

Ya, saya tahu terdapat banyak perkara-perkara negatif yang boleh tersebar melalui dunia blog. Tapi, kita tak boleh menjadikan ia sebagai satu alasan untuk kita meminggirkan teknologi yang bermanfaat seperti ni. Yang penting terpulanglah kepada diri kita sendiri untuk menerima dan mentafsir segala maklumat. Bak kata orang sekarang, "maklumat dihujung jari, dunia dah berubah!"

Secara peribadi, saya tak galaklah anda semua menghabiskan duit poket semata-mata untuk melayari blog ini di cyber cafe. Cuma, jika anda berkesempatan melayari internet dan asyik masuk website yang entah apa-apa, adalah lebih baik mengaktifkan diri anda di sini - aktifkan dirimu (pinjam kata-kata Hotlink, hehe )

Blog sebagai sumber ilmu

Di negara-negara maju, blog selalu dijadikan medium oleh guru-guru di sana untuk menyampaikan sesuatu. Terutama berkaitan ilmu yang bermanfaat kepada pelajarnya.

Di Malaysia pun tak kurang, terutamanya di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur. (Tak ketinggalan Temerloh-Bandar ikan patin, hehe). Dah ramai guru-guru yang menggunakan blog sebagai alat untuk menghubungkan guru dan pelajarnya. Rasanya, tak salah salah saya cuba cara yang sama di sini. Kalau orang lain boleh, kenapa kita tak mencubanya? Orang Temerloh pun boleh jugak, kan? Sapa kata ABS tak boleh?!

Apa pendapat anda? Kongsikan di sini :-)

5 Comments

zuhairy @ 28 April 2009 pada 7:15 PTG

hehee.. actly saya pelajar tingkatan 5 di ABS.
saya setuju ngan cara ckgu.
finally ada gak ckgu yg b'fikiran t'buka cam ney..
ktorg mmg nakal tp ktorg still hormat pd ckgu.
ckgu pown taw kan kes ktorg taun lepas??
tp yg tu kes laen..

sbnrnya,sy nk share problem bdk Frm 5 kat cni.
ktorg sbnrnya nmpk je maen2 tp ktorg nk sgt blaja.
dr awal taun ktorg tunggu class tambahan, tp smpai skrg still xde pape..
dlu dgr cite pas cuti semester pertama tp ney nk msk semester kedua.

urm...selain kh ckgu dpt ajar apa ek?? ktorg sbnrnya tgh cari ckgu2 yg ringan tulang utk ajar study group ktorg..

hopefully ckgu dpt tolong.
skit pon jdlah...

yg benar,
pelajar form 5 sains..=)

cikgu zuhairy @ 28 April 2009 pada 8:12 PTG

Ehmm, sapa la yg guna nick name 'zuhairy' ni. Apapun, terima kasih sbb sudi ke blog ni :)

Biasalah, zaman seorg pelajar mmg godaan bermain2 dan nak belajar tu sama banyak. Nasihat saya, cubalah lebihkan fokus nak study. Main2 takde masalahnya, cuma biar kena pada masa dan tmpatnya.

Bidang saya lebih kepada teknikal. Sebab tu saya diarahkan mengajar KH tingkatan 1-3.

Saya fahami masalah yang awak hadapi. Cadangan saya ialah jgn harapkan sgt kelas tambahan dari guru.Elok awak ambil langkah proaktif dgn bykkan bertanya kepada guru yg mengajar. Bukan setakat tanya dlm kelas je. Datang sendiri tanya guru subjek anda dlm bilik guru.

Insyaallah, saya akan cuba menyediakan artikel2 tentang tips study dlm blog ni untuk membantu setakat yang mampu.

mimi=) @ 29 April 2009 pada 6:53 PTG

cikgu nie tak pernah marah kan???npe erk??cikgu ajar kelas ape kat ABS???actly sye pelajar pom 3 di ABS..sebenarnye teringin cagt nak tengok cikgu ajar subjek BI..mesti best kan???

cikgu zuhairy @ 30 April 2009 pada 10:11 PTG

mimi--> kalau saya ajar BI, sapa nak ajar KH? Biarlah cikgu hasrizal yang ajar, hehe

Tanpa Nama @ 11 Mei 2009 pada 6:09 PTG

cikgu sihat ke??